
Jengking Fan Club merupakan sebuah kelab penyokong yang ditubuhkan melalui inisiatif peminat Bolasepak Negeri Johor yang tidak terikat dengan mana-mana kelab pada tahun 2009 bagi memberi sokongan kepada Pasukan Bolasepak Negeri Johor dan tidak tertakluk kepada mana-mana kelab serta ia tidak berkaitan dengan lain-lain Kelab Penyokong yang terdahulu. Keahlian terbuka kepada individu dan organisasi yang tidak terikat pada peraturan mana-mana kelab penyokong.






![]() | Hari Ini | 93 |
![]() | Semalam | 148 |
![]() | Minggu ini | 477 |
![]() | Minggu lepas | 856 |
![]() | Bulan ini | 997 |
![]() | Bulan lepas | 3260 |
![]() | Semua | 72084 |
SUDAH ada suara sumbang 'menyerang' skuad Johor selepas tewas tiga kali berturut-turut dalam tiga aksi awal Liga Super musim ini.
Ada yang mendakwa terdapat pihak tertentu mula mencipta 'skrip' untuk drama 'mencucuk dan meracun' fikiran pemain termasuk memandang rendah kemampuan mereka bagi mengharungi baki perlawanan dalam saingan liga musim ini.
Lebih menyakitkan, perbuatan pihak berkenaan boleh menjejaskan semangat skuad Jengking yang sebaha- gian besarnya dibarisi pemain muda.
Pengurus pasukan Johor, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, beliau tidak menafikan perkara berkenaan berlaku dan perbuatan seperti itu nyata mengecewakannya.
"Saya dan pihak pengurusan sekarang telah merancang pelbagai cara untuk mengubah kemampuan skuad Jengking.
"Walaupun tewas, kita tetap memberi semangat, insentif serta menyokong semua pemain agar terus memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan, namun ada pihak cuba 'meracun' fikiran pemain akibat tiga kekalahan awal," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau menambah, pihak berkenaan perlu menghentikan perbuatan itu dan seterusnya memberikan sokongan agar pemain dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika beraksi di tengah padang.
Jelasnya, perlawanan musim ini masih awal dan beliau percaya skuad Johor pasti akan bangkit dan memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan.
"Pada aksi malam esok (hari ini) menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, kita akan buat beberapa rombakan terutama di posisi penyerang dan pertahanan.
"Saya yakin perubahan ini akan memberikan impak positif pada pasukan, sekali gus membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata," katanya.
Sementara itu, Kelab Penyokong Jengking tetap memberikan sokongan padu dan berharap para pemain mampu meningkatkan kesefahaman di atas padang.
Presidennya, Ghazali Samad berkata, skuad Jengking perlu menumpukan sepenuh perhatian pada perlawanan dan jangan terpengaruh perkara-perkara negatif yang boleh menjejaskan pasukan.
Katanya, berdasarkan pemerhatiannya, skuad muda Johor mampu bersaing dengan mana-mana pasukan dengan syarat meningkatkan kesefahaman, elakkan melakukan kesilapan di bahagian pertahanan serta memperkemaskan gaya penyudah.
Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm
| Seterusnya > |
|---|