Jengking Fan Club

Logo jengking club

Jengking Fan Club merupakan sebuah kelab penyokong yang ditubuhkan melalui inisiatif peminat Bolasepak Negeri Johor yang tidak terikat dengan mana-mana kelab pada tahun 2009 bagi memberi sokongan kepada Pasukan Bolasepak Negeri Johor dan tidak tertakluk kepada mana-mana kelab serta ia tidak berkaitan dengan lain-lain Kelab Penyokong yang terdahulu. Keahlian terbuka kepada individu dan organisasi yang tidak terikat pada peraturan mana-mana kelab penyokong.

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini94
mod_vvisit_counterSemalam148
mod_vvisit_counterMinggu ini478
mod_vvisit_counterMinggu lepas856
mod_vvisit_counterBulan ini998
mod_vvisit_counterBulan lepas3260
mod_vvisit_counterSemua72085

Online now: 15
Your IP: 38.107.179.237
,
Now: 2012-02-08 18:11
You are here:   Home Arkib Berita Berita Pengurus Johor berang

Pengurus Johor berang

Isnin, 18 Januari 2010 17:08
Cetak PDF

STATUS Johor selaku pasukan penumpang dalam saingan Liga Super makin terserlah selepas mencatat ‘hatrik’ kekalahan ketiga berturut-turut apabila mudah ditundukkan Perak 2-0 di Stadium Larkin, kelmarin.

Aksi dipamerkan kesebelasan utama bagaikan ‘budak sekolah’ dengan corak permainan tidak tersusun malah sering melakukan kesilapan mudah terutama di benteng pertahanan, tengah dan serangan yang jelas tidak memiliki karisme selaku pemain profesional.


Melihat kepada aksi buruk itu, pengurus pasukan, Datuk Abdul Aziz Sapian tidak lagi mahu berkompromi dengan pemain.


Beliau yang juga Naib Presiden Satu Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) berang dengan corak permainan Johor hingga membuka ruang kepada Perak menjaringkan gol pada minit akhir menerusi Md Syazwan Md Roslan dan Razali Umar Kandasamy pada masa kecederaan.


“Sepatutnya keputusan terikat tanpa jaringan tapi akibat pemain alpa maka Johor menerima aib di laman sendiri dan saya begitu kecewa terutama ada di kalangan pemain yang mengeluh kepenatan selain mengalami kecederaan.

 

“Pengurusan PBNJ beri peluang terakhir kepada pemain dan jika mereka masih tidak mahu ubah maka kami akan mengambil tindakan sama ada merehatkan pemain atau menamatkan kontrak kerana tidak sanggup terus menerima kekalahan.


Agak malang buat Nasir yang diberi tugas semula pengurusan baru PBNJ selepas diketepikan ketika saingan Piala Malaysia musim lalu oleh pentadbiran lama nyata ketandusan strategi selepas melihat corak permainan kelam-kabut anak didiknya.


Kesilapan ketara dilakukan Nasir adalah melantik Irfan Ghani selaku kapten ketika pemain itu jelas tidak memiliki karisma selaku pemimpin di padang malah kerap beraksi dengan terjahan keras kepada pemain lawan.


“Saya juga menunggu laporan dari Nasir kerana kita perlu bertindak segera sebelum ia lebih melarat terutama ingin mengembalikan kepercayaan penyokong kepada Johor,” kata Abdul Aziz.

 Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengurusJohorberang/Article