Jengking Fan Club

Logo jengking club

Jengking Fan Club merupakan sebuah kelab penyokong yang ditubuhkan melalui inisiatif peminat Bolasepak Negeri Johor yang tidak terikat dengan mana-mana kelab pada tahun 2009 bagi memberi sokongan kepada Pasukan Bolasepak Negeri Johor dan tidak tertakluk kepada mana-mana kelab serta ia tidak berkaitan dengan lain-lain Kelab Penyokong yang terdahulu. Keahlian terbuka kepada individu dan organisasi yang tidak terikat pada peraturan mana-mana kelab penyokong.

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini94
mod_vvisit_counterSemalam148
mod_vvisit_counterMinggu ini478
mod_vvisit_counterMinggu lepas856
mod_vvisit_counterBulan ini998
mod_vvisit_counterBulan lepas3260
mod_vvisit_counterSemua72085

Online now: 15
Your IP: 38.107.179.239
,
Now: 2012-02-08 18:11
You are here:   Home Arkib Berita Berita Johor tekad akhiri kebuntuan cari jaringan

Johor tekad akhiri kebuntuan cari jaringan

Sabtu, 16 Januari 2010 09:27
Cetak PDF

SELEPAS mengharungi 180 minit perlawanan, Johor muncul pasukan pertama yang belum lagi merobek gawang gol lawan, sekali gus mencetus tanda tanya kemampuan sebenar barisan skuad bimbingan Nasir Yusof.

Oleh itu, Johor yang melayani kunjungan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini harus mengambil kesempatan untuk melerai kebuntuan itu dan memburu tiga mata pertama tatkala beraksi di laman sendiri.

Pengurus pasukan, Datuk Abdul Aziz Sapian mengakui betapa kelemahan barisan serangan menjadi faktor utama Johor gagal mencipta gol, malah dua kekalahan kepada Kedah dan Kelantan, dengan jaringan 3-0 harus ada titik noktah.

Beliau yang juga Naib Presiden I Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut mahu kesebelasan utama Johor mengelak daripada mengalami kekalahan ketiga berturut-turut demi maruah pasukan itu walaupun hanya kurang sebulan skuad itu dibentuk.

"Memang ada peningkatan yang dipamerkan oleh pemain ketika beraksi dengan Kelantan, baru-baru ini namun ia tidak mencukupi terutama barisan serangan yang masih buntu mencipta jaringan.

"Saya ada berbincang dengan jurulatih dan dia sendiri memberi jaminan betapa perubahan drastik akan dilakukan bagi menguatkan semua posisi apabila berdepan Perak yang turut mengintai kemenangan pertama," katanya.

Taruhan terbaik pasukan yang pernah digeruni ketika era 1980an dan 1990an itu adalah kepada Azmi Sarmin untuk merobek gawang Perak manakala kelibat Mohd Faizol Hussin yang memiliki larian pantas di sebelah kiri diharap mampu melakukan hantaran lintang berbahaya.