Jengking Fan Club

Logo jengking club

Jengking Fan Club merupakan sebuah kelab penyokong yang ditubuhkan melalui inisiatif peminat Bolasepak Negeri Johor yang tidak terikat dengan mana-mana kelab pada tahun 2009 bagi memberi sokongan kepada Pasukan Bolasepak Negeri Johor dan tidak tertakluk kepada mana-mana kelab serta ia tidak berkaitan dengan lain-lain Kelab Penyokong yang terdahulu. Keahlian terbuka kepada individu dan organisasi yang tidak terikat pada peraturan mana-mana kelab penyokong.

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini18
mod_vvisit_counterSemalam87
mod_vvisit_counterMinggu ini18
mod_vvisit_counterMinggu lepas630
mod_vvisit_counterBulan ini1738
mod_vvisit_counterBulan lepas2861
mod_vvisit_counterSemua81106

Online now: 10
Your IP: 38.107.179.239
,
Now: 2012-05-20 11:23
You are here:   Home Arkib Berita Berita Johor di landasan tepat

Johor di landasan tepat

Isnin, 16 Februari 2009 09:40
Cetak PDF

 Johor

JOHOR BAHRU 19 Jan. - Zaman kegemilangan bola sepak Johor yang pernah muncul sebagai pasukan negeri pertama mencatat sejarah juara berganda apabila menjulang Juara Liga dan Piala Malaysia pada 1991, kini kian tercicir dan dilupai oleh penduduk negeri ini.

Nama-nama seperti Ervin Boban, Alistair Edwards, Abbas Saad, Khalid Shadan, Nasir Yusof, Salehan Md. Som, Salleh Md. Noor, Nassarudin Attan, Omar Salim dan tidak lupa supersub popular, Anuar Abu Bakar semakin hilang daripada ingatan peminat yang pada suatu ketika dahulu sering membanjiri Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di sini. 

Pada zaman kemuncak Johor, bola sepak merupakan platform paling popular bagi peminat setia sukan negeri ini mengisi masa lapang dan menganggap ia sebagai hiburan yang tiada tolok bandingnya.

Pastinya ramai yang masih ingat kumpulan sorak yang diberi nama Sorakan Larkin dan Gelombang Merah ketika itu. Semangat sorak kumpulan ini pernah menjadi nadi kekuatan Johor hingga mampu menggerunkan pasukan lawan.

Namun setakat itu sahaja memori indah sejarah bola sepak Johor yang kemudiannya bukan lagi menjadi antara pasukan elit seperti Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

Hari ini segala-galanya tinggal kenangan dan usaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk memulih serta menghidupkan semula zaman kegemilangan bola sepak Johor bagaikan tidak terlaksana.

Hampir dua dekad adalah satu tempoh yang lama dan ternyata kebangkitan bola sepak Johor sudah berada pada landasan tepat dan kini masanya sudah tiba untuk memulakan musim baru Liga Malaysia 2009.

Pengurus pasukan, Wan Nizam Wan Omar yakin Johor akan berjaya membawa cabaran dalam saingan Liga Perdana musim ini dengan kehadiran jurulatih baru, Nasir Yusof.

Nasir yang terkenal dengan gelaran The Professor menggantikan Azuan Zain yang berubah angin ke Johor FC sebagai jurulatih belia kelab itu selepas mengemudi pasukan Johor sejak dua musim lalu.

"Saya yakin Nasir mampu membawa angin perubahan kepada skuad Johor selepas prestasi muram sejak beberapa musim lalu.

"Apa yang pasti, kami mengalu-alukan sentuhan kreatif Nasir yang mampu membawa perubahan besar kepada skuad Johor," katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Wan Nizam yang juga Setiausaha Eksekutif PBNJ berkata, pihaknya yakin Nasir dapat mencapai sasaran untuk membawa Johor muncul juara Liga Perdana musim ini dan seterusnya layak ke saingan Liga Super pada musim 2010.

Menurutnya, kehadiran penonton yang ramai bakal menjadi faktor penentu kejayaan pasukan Johor sebagai suntikan semangat kepada para pemain.

"Penonton sebenarnya mampu menyumbang kepada kemenangan kerana kehadiran mereka akan memberi sokongan kepada pasukan untuk bermain dengan lebih baik.

"Saya dan Nasir mengharapkan Sorakan Larkin kembali bergema dan Gelombang Merah akan terus mewarnai stadium setiap kali kami turun ke padang," katanya.

Katanya, harga tiket untuk perlawanan di stadium masih kekal RM15 untuk dewasa bagi tempat duduk berbumbung, RM10 untuk tempat duduk terbuka dan RM1 bagi kanak-kanak.

 Keratan akhbar Utusan Malaysia